15 Julai 2014

MR. WEIRDO 2

Aku duduk di kerusi yang telah disediakan. Debaran di dada kian menggila. Tangan mula sejuk. Aku kerling Amalina di sebelah. Secalit senyuman ku hadiahkan, tetapi terasa hambar. Lain sungguh aura malam ini. Rasa seperti menunggu keputusan mahkamah pulak.

"Nervous sangat dah ni!" Aku bersuara. Amalina turut tersenyum. Sama seperti aku, semua orang sedang resah gelisah menanti keputusan yang bakal diumumkan.

Dan akhirnya saat itu tiba juga. Aku dipertandingkan untuk dua jawatan, setiausaha dan naib yang dipertua. Amalina juga dipertandingkan untuk dua jawatan, setiausaha dan exco kerohanian. Dan pengumuman dimulakan daripada jawatan paling rendah, jawatan exco. Seorang demi seorang naik ke pentas. Dan untuk exco kerohanian, calon lain yang berjaya. Nampaknya Amalina berjaya menjawat jawatan setiausaha, ramalku dalam hati. Dan ternyata benar tekaanku, Amalina berjaya menyandang jawatan setiausaha. Jadi secara automatik, aku tewas dalam merebut jawatan setiausaha.

Untuk jawatan Naib Yang Di Pertua, ada lagi 2 orang yang bertanding dengan aku. Tapi menurut apa keputusan yang telah diumumkan, kedua-dua calon yang bersaing denganku untuk jawatan NYDP telah berjaya menyandang jawatan lain, iaitu exco perhubungan luar dan dalam, dan exco akademik. Jadi, adakah ini bermakna aku berjaya menyandang jawatan itu? Ah Wanniey, jangan terlalu confident! Berkali-kali aku ingatkan dalam hati. Takut nanti aku yang kecewa.

Debaran dalam hati semakin menggila. Dan tibalah pengumuman pemenang bagi Naib Yang Di Pertua. Aku tunduk ke bawah, sambil menggenggam erat tangan.

"Dan pemenangnya. Tahniah diucapkan kepada Nurul Syalwani!" Ucap Kak Mira Syahirah. Aku mengangkat muka bersama riak yang sukar aku tafsirkan. Sungguh, dalam hati beribu kesyukuran yang aku panjatkan. Dan tatkala aku bangun untuk naik ke pentas, rakan-rakan bersalaman denganku, mengucapkan tahniah. Aku bangga mempunyai rakan-rakan seperti mereka. Walaupun kami tak sekelas, tapi mereka sporting, menerima aku seadanya, menyokong aku dan memberi aku semangat untuk naik dan memajukan fakulti.

Dan sekarang hanya satu lagi jawatan yang akan diumukan. Yang Di Pertua. Haiqal bersaing sengit dengan Izzan. Aku sangat berdoa dalam hati agar Haiqal yang dapat jawatan ni. Sebab at least aku tahu haiqal dia seorang yang bertanggungjawab, walaupun aku dan dia tak pernah bertegur sapa. Sedangkan Izzan, aku dengar macam-macam cerita tak manis mengenai dia.

Aku masih ingat, macam mana aku dengan deseparatenye suruh Schaa, Intan dan yang seangkatan dengannya untuk paksa Haiqal join interview SMF. Aku sangat berharap Haiqal yang akan jadi YDP. Kenapa? Kerana dia dan aku sama-sama tercalon untuk MPP, tapi kami menolak kerana komitmen yang terlalu tinggi. Jadi aku mengalah dan buat keputusan untuk naikkan OMaC sahaja. Dan kerana dia turut tolak jawatan MPP seperti aku lalu membiarkan orang yang tak sepatutunya dapat jawatan MPP tu, so dia juga harus bertanggungjawab.

"Wani, Haiqal cakap nama dia tak ada dalam list calon tu. Dia tak nak pergi."
Aku tepuk dahi. "Ya Allah Schaa! Nama Wani pun tak ada. Tapi takpe, datang je! Lecturer tak marah punya. Come on Schaa, please! Buat sesuatu! Haiqal kena datang interview tu, dia wajib datang!"

Aku tak peduli kalau Schaa terpaksa heret Haiqal supaya datang interview tu. Yang pasti dia kena datang! Apa cara sekalipun, Haiqal wajib datang!

"Wani, Haiqal cakap dia ada futsal malam ni."
Aku geleng kepala. "Cakap kat dia SMF tu cakap boleh datang lepas futsal. Lambat pun tak apa."
"Haiqal tanya kat mana?"
Aku dah mula senyum. "Kat blok B. Kelas BG08."
"Wani, kita bagi Wani nombor Haiqal, Wani call dia lah eh."
"No!" Spontan aku menggeleng. Gila nak call Haiqal? Putus urat ke ape? Aku ni bercakap dengan dia pun belum pernah, inikan pulak nak call dia, cuma sebab nak suruh dia jadi SMF. Mau dia cakap, kau ni kenapa? Dah gila buang tebiat nak mampus? Ah, aku belum rela dimaki hamun sebegitu. Belum.
"Tak pe lah Schaa. Terpulang pada dia lah." Aku mengalah. Tapi dalam hati aku penuh mengharap agar dia datang interview tu. Sangat berharap.

Dan esok malamnya diadakan lagi interview untuk jawatan SMF. Aku tahu ramai yang datang untuk mohon hari ni. Dan aku juga dapat tahu, Achik serta geng-gengnya pun datang. Dan Haiqal juga. Aku tarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia dah datang interview tu, dan aku tahu ada peluang besar untuk dia menang.

Dan malam ini. Malam penentuan. Tatkala Abang Aizat tanya, "agak-agak siapa?" Sepenuh dewan galak berteriak menyebut nama Izzan dan Haiqal. Tapi lebih ketara nama Haiqal.
"Dan pemenangnya, Mohamad Haiqal Farhan!"

Aku tarik nafas lega, sambil bersyukur dalam hati. Ya Allah, syukur sebab dia yang digandingkan dengan aku untuk jawatan YDP dan NYDP. Ketika itu, aku lihat dia berjalan naik ke pentas. Haiqal, hanya berbaju melayu, berseluar jeans dan berselipar. Sangat sempoi! Aku tahu dia terpaksa, sebab tu dia sengaja pakai macam ni. Sebab dia tak expect dia akan menang. Tapi sebenarnya sejak nama dia dicalonkan sebagai YDP lagi semua orang dah tahu dialah orangnya. Dialah bakal YDP.

Aku tak peduli semua tu. Yang penting aku dah selamat. Kami dah selamat. OMaC dah selamat. Kerana aku tahu dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Seorang pemimpin yang boleh dipercayai. Aku yakin OMaC akan lebih maju selepas ni. Dan itulah harapan kami semua. Aku senyum. Terima kasih Haiqal. Walaupun aku tak rapat dengan kau, aku tak pernah bertegur dengan kau, tapi kau sudi galas tanggungjawab ni, aku hargai sangat. Terima kasih! Jasa baik kau tak terbalas! Aku terharu sebab dalam terpaksa, kau terima semua ni. Kau memang pemimpin yang bagus! Semoga Allah merahmati kau, Haiqal!


*dan inilah dia permulaan segala-galanya. Macam mana aku dan dia boleh bertemu dan perlu bekerjasama. Ini baru permulaan. Cerita belum tamat!


~Tuesday, 15 July 2014. 08:26 p.m.~